Wednesday 15 January 2014

Fardhu Ain - Tiga Unsur Iman


Beriman kepada Allah tidak akan cukup kecuali dengan adanya seluruh tauhid yang terdiri daripada tiga aspek iaitu:
a) Rububiyyah
b) Uluhiyyah
c) Nama-nama Asma' serta sifat-sifatNya

Tauhid Rububiyyah

Maksud secara Ijmal ialah keyakinan yang utuh bahawa Allah, adalah Tuhan segala sesuatu dan tidak ada Tuhan selain Dia

Maksud Rububiyyah Allah terhadap makhlukNya ialah mengesakan Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang mencipta mereka, menguasai dan mengatur segala urusan mereka

Pendek kata, Tauhid Rububiyyah ialah satu penyataan bahawa Allah Maha Suci, pencipta, berkuasa dan memiliki alam semesta, menghidupkan dan mematikan, memberikan manfaat dan mudarat kepada mereka, memperkenankan doa. Semuanya bergantung kepada Allah dan ketetapannya adalah milikNya

Tauhid Uluhiyyah

Maksud secara Ijmal adalah iktikaf yang kuat bahawa Allah adalah Ilahul Haqq (yang berhak disembah) dan tidak ada Tuhan lain selainNya.

Pengertian Ibadah ialah menerapkan keyakinan dengan rendah diri dan kepatuhan sepenuhnya

Tauhid Uluhiyyah jelas dibangunkan di atas prinsip ibadah secara ikhlas kepada Allah.

Tauhid Asma' dan Sifatnya

Maksud tauhid nama-nama (asma') dan sifat ialah keyakinan yang putus hanya Allah yang patut menyandang sifat-sifat kesempurnaan, bersih serta suci dari sifat-sifat kekurangan

No comments:

Post a Comment