Monday 30 December 2013

Tafsir Ibnu Katsir - Pengenalan Surah al-Fatihah dan Bismillahirrahmanirrahim - Siri 2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,

Diingatkan, nota di dalam Blog ini hanyala ringkasan, seeloknya rujuklah Kitab Ibnu Katsir penuh dan berpandukan kuliah Youtube yang saya sertakan atau merujuk guru agama yang lain. Share di dalam Blog ini hanyalah sebagai perkongsian mudah untuk sesiapa yang berminat dan cuba untuk mendalami ilmu Tafsir Al Quran. InsyaALlah

Kelas Ibnu Katsir Siri 2 ini dimulakan degan makna, erti serta maksud Al-Fatihah, yang bermaksud pembukaan. Dikatakan juga Surah Al-Fatihah dikatakan Ummul Kitab (Ibu Kitab), kerana Al-Fatihah seolah-olah menghimpunkan keseluruhan dan menjelaskan intipati maksud Al-Quran itu sendiri. 

Keistimewaan

Al-Fatihah juga Rukun untuk solat, bertepatan Riwayat Bukhari dan Muslim, hadis Rasulullah SAW "TIdak ada solat bagi siapa yang tidak membaca Surah Al-Fatihah". Maknanya, seeloknya jugalah kita perbetulkan tajwid dan memahami maknanya. Al-Fatihah juga dikatakan penawar dan penyembuh untuk penyakit. Dibincangkan juga mengenai penggunaan-penggunaan lain dan penyalahgunaan Al-Fatihah, maka baik juga dijadikan rujukan.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Tafsir Ibnu Katsir - Pengenalan - Siri 1

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,
Mari kita belajar Tafsir Al Quran Ibnu Katsir untuk kita lebih memahami kata-kata dan makna di sebalik ayat-ayat Al-Quran. Boleh dijadikan rujukan dan pembelajaran.

Video Kuliah Ibnu Katsir Siri 1 oleh Ustaz Idris Sulaiman

credit and please subscribe to ilmusalafdotcom

Sejarah Hidup

Ibnu Katsir atau nama sebenar Ismail bin 'Amr Al-Quraisyi bin Katsir Al-Bashri Ad-Dimasyqi adalah seorang Ulama dan pemikir yang mahir dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu agama. Dilahirkan pada tahun 700 Hijrah di Damsyik, Syria, dan wafat di Ibu Negara Syria, Damaskus pada tahun 774 Hijrah dan dikebumikan berdekatan dengan guru beliau Ibu Taymiyyah.

Digelar juga Al-Hafizh, iaitu seorang ahli hadis yang menghafal beribu-ribu teks hadis Nabi, dan dikatakan juga seorang ulama Sejarah. Menuntut di Damsyik, berguru dengan ulama-ulama terkenal zaman tersebut, antaranya ialah Burhanuddin al-Fizaari, Imam Az-Zahabi, Ibnu Taymiyyah dan juga Imam Al Mizzi yang juga merangkap ayah mertua beliau. Murid-murid Ibnu Katsir yang terkenal adalah pengarang Al-Akidah Al-Tahawiyyah, At Tahawi.

Karya

Mengarang banyak buku Hadis, Akidah, Feqah, dan Ilmu Quran. Antara buku terkenal adalah Tafsir Ibnu Katsir (nama asal Tafsir Al Quran Al Azim), kitab sejarah Al Kitab Al Bidayah Wa-an Nihaayah. Pentafsiran dalam Ibnu Katsir menggunakan nas dan dalil untuk menerangkan maksud ayat Al-Quran. Beliau juga menggunakan perbandingan ayat-ayat lain dalam Al-Quran. Menghimpunkan ayat-ayat berkaitan dalam satu tempat untuk menerangkan ayat tertentu dan seterusnya menggabungkan hadis-hadis Rasulullah, kata-kata Sahabat Rasulullah , dan seterusnya Ulama-ulama. Beliau juga menggunakan Israiliyat (Riwayat-riwayat daripada Bani Israil) untuk menjelaskan ayat-ayat Al Quran.

Moga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah

Thursday 19 December 2013

Harapan dan kembali - taubat dan doa

Hanya Allah yang Maha Pengampun. Terimalah taubat ku dan kuatkanlah hatiku Ya Allah

Suami dan dirinya

Agama~~
Keluarga~~
Cinta~~
Amanah~~
Tanggungjawab~~

Itula intipati seorang manusia yang bergelar suami. Pesanan untuk diri sendiri yang lemah ini, mengingatkan agar mengutamakan segala yang tertulis di atas mahupun intipati di bawah

1. Menjaga Agama dan hubungan dengan Allah

Allah mencipta kita di dunia itu adalah semata-mata untuk diuji dan disuruh untuk menyembah dan mencari redhaNya. Andai semua ini dijaga, maka datanglah semua kebahagiaan dan ketenangan kepada insan tersebut. Memenuhi masa dengan duniawi semata-mata, dan terus lalai bukan sahaja merugikan masa, malah Allah tidak akan menjaga kita, tidak akan menjaga hati kita. Sebelum terlambat, sebelum ajal tiba, janganlah lengah-lengahkan apa-apa lagi. Baiki balik hubungan dengan Allah. Tengok mana 'lubang' dan 'jurang' yang kita dah buat, dan tampal. InsyaAllah berkat doa, usaha dan tawakal, Allah perkenankan doa kita.

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).

2. Jaga Keluarga, dari segi Jasmani mahupun Rohaniah

Keluarga yang Allah telah takdirkan kepada kita adalah anugerah besar dan rezeki yang tak terhingga. Ibu, bapa, Isteri, Anak. Semua adalah rezeki yang Allah beri. Bagaimana dan apa kita nak lakukan kepada rezeki ini lah yang mencorakkan adakah mensyukuri nikmat rezeki itu atau tidak. Kita buat jahat atau merosakkan rezeki itu, maka menunjukkan betapa kita tak mensyukuri rezeki Allah itu. Baik kita jaga, maka baiklah Ia dan menunjukkan betapa kita hargai rezeki tersebut. Kita leka mencari rezeki lebih padahal rezeki yang depan kita sudah lebih dari mencukupi dari apa di luar sana. Hargailah ibu bapa, hargailah pasangan kita, hargailah anak kita, jaga mereka, bimbing mereka, jangan biar mereka bersendiri, sayangi mereka. Kalau sebelum ini macam tidak kisah apa kita buat kepada mereka, maka mulakanlah sekarang dan tekadkan dalam hati, untuk merubah hidup yang lebih bahagia dan barakah.

Firman Allah SWT: “Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu. (Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).” (Surah Al-Mukminun, ayat 55-56) 

3. Mencintai Antara Satu Sama Lain


Credit to cahayacinta

Wednesday 18 December 2013

Dunia - Syeikh Muhd Zainul Asri (TH Filem)

Dunia~~

Nak dikejar sampai ke sudah x dapat. Sampai ke mati, nikmat dunia tak kan dan tak dan ke mana. Hujung2nya dapat ape je... Ruginya masa yang dah terbuang sebab kejar dunia, nak patah balik masa dah tak boleh dah. Apa yang boleh buat sekarang manfaatkan masa yang baki Allah bagi kat kita ni, guna seeloknya, jangan buang masa dah.
Doakan jugak tetapkan hati dan permudahkan serta jangan lupa, usaha menjadi hamba Allah yang terbaik. InsyaAllah, Allah akan terima kita sebab seluas-luasnya Allah bukak pintu keampunan dan taubat untuk hambaNya yang berjuang menjadikan dirinya lebih baik. Credit to TH Filem kerana terus menerus membuat video seperti ini. :)

Tuesday 17 December 2013

Makna Bacaan-bacaan Dalam Solat

SOLAT

5 kali sehari, tapi tak pernah didalami, termasuklah yang tengah tulis ni. Dulu solat setakat nak habiskan je. Walaupun solat tu masih sah, tapi macam tak bermakna je. Macam belajar sesuatu, tapi diri sendiri tahu apa makna dan kenapa buat benda tu in the first place. Solat itu sendiri adalah doa, makin kita tahu apa kita cakapkan, kita akan lebih mendalami solat itu
Moga pencerahan ini menjadi titik mula untuk kita terus ambil kisah benda yang kita x ambil peduli sangat sebelum ni. InsyaAllah


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Mari Dakwah - Ustaz Azhar (TH Filem)

Assalamualaikum wbt,

Selawat ke atas nabi junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, bermulanya kisah blog baru dan kali ini InsyaAllah akan lebih dimanfaatkan seelok-eloknya.

Dulu ada blog, tapi macam suam-suam kuku je, takde manfaat, saja ikut trend. Bila ingat balik, yg dulu tu mcm buang masa. Sekarang, pandangan lebih luas dan matlamat hidup lebih jelas insyaAllah.

Untuk permulaan, sebagai pembuka bicara blog baru ni, nak share satu video dari Youtube, Full Credit to TH Filem kerana buat video-video macam ni. Jazakallahu Khairan. Jom subscribe sama-sama kat youtube. Video ni buatkan kita berfikir, banyak kita boleh buat sebenarnya dalam hidup ni untuk membawa dan mengajak perkara-perkara yang baik. Pesanan untuk diri sendiri dan seterusnya untuk semua yang masuk blog ni InsyaAllah