Thursday, 19 December 2013

Suami dan dirinya

Agama~~
Keluarga~~
Cinta~~
Amanah~~
Tanggungjawab~~

Itula intipati seorang manusia yang bergelar suami. Pesanan untuk diri sendiri yang lemah ini, mengingatkan agar mengutamakan segala yang tertulis di atas mahupun intipati di bawah

1. Menjaga Agama dan hubungan dengan Allah

Allah mencipta kita di dunia itu adalah semata-mata untuk diuji dan disuruh untuk menyembah dan mencari redhaNya. Andai semua ini dijaga, maka datanglah semua kebahagiaan dan ketenangan kepada insan tersebut. Memenuhi masa dengan duniawi semata-mata, dan terus lalai bukan sahaja merugikan masa, malah Allah tidak akan menjaga kita, tidak akan menjaga hati kita. Sebelum terlambat, sebelum ajal tiba, janganlah lengah-lengahkan apa-apa lagi. Baiki balik hubungan dengan Allah. Tengok mana 'lubang' dan 'jurang' yang kita dah buat, dan tampal. InsyaAllah berkat doa, usaha dan tawakal, Allah perkenankan doa kita.

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).

2. Jaga Keluarga, dari segi Jasmani mahupun Rohaniah

Keluarga yang Allah telah takdirkan kepada kita adalah anugerah besar dan rezeki yang tak terhingga. Ibu, bapa, Isteri, Anak. Semua adalah rezeki yang Allah beri. Bagaimana dan apa kita nak lakukan kepada rezeki ini lah yang mencorakkan adakah mensyukuri nikmat rezeki itu atau tidak. Kita buat jahat atau merosakkan rezeki itu, maka menunjukkan betapa kita tak mensyukuri rezeki Allah itu. Baik kita jaga, maka baiklah Ia dan menunjukkan betapa kita hargai rezeki tersebut. Kita leka mencari rezeki lebih padahal rezeki yang depan kita sudah lebih dari mencukupi dari apa di luar sana. Hargailah ibu bapa, hargailah pasangan kita, hargailah anak kita, jaga mereka, bimbing mereka, jangan biar mereka bersendiri, sayangi mereka. Kalau sebelum ini macam tidak kisah apa kita buat kepada mereka, maka mulakanlah sekarang dan tekadkan dalam hati, untuk merubah hidup yang lebih bahagia dan barakah.

Firman Allah SWT: “Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu. (Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).” (Surah Al-Mukminun, ayat 55-56) 

3. Mencintai Antara Satu Sama Lain


Credit to cahayacinta


Allah mengurniakan perasaan cinta kepada makhlukNya dan dengan pasangannya, agar boleh dinikmati sepenuhnya oleh hambaNya. Cinta bukan sekadar ungkapan, tapi juga membimbing, menjaga, bermesra, bergurau, bersama-sama mencari ilmu, dan terutama sekali bersama-sama menjadikan diri masing-masing lebih baik. Kasih sayang boleh mengubah sesorang menjadi lebih baik, sama macam kasih sayang kita pada Allah. Ikhlas kasih sayang tersebut, maka Allah akan kurniakan kesenangan dalam hatinya. Begitu juga kita. Sama juga bila Rasulullah SAW berkasih sayang dengan isteri dan para sahabatnya, semua dalam keadaan yang sempurna. Pasti ada konflik di mana-mana, tapi kita kedepankan perasaan kasih tidak bersyarat, kasih ikhlas kita, maka insyaAllah dipermudahkan penyelesaian konflik tersebut

4. Keutamaan Amanah dan Tanggungjawab

Sebagai suami, amanah sebagai suami adalah mulida dan besar di sisiNya. Rosak suami, rosaklah intipati keluarga. Maka jangan disalahkan orang lain kalau ada sesuatu tidak kena dalam keluarga. Diri sendiri yang harus bertaggungjawab sebab amanah kita sebagai untuk menjaganya.

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)

Mantapkanlah diri sendiri untuk menjadi pembimbing keluarga. Tidak berguna menjadi pemimpin di tempat kerja, boleh bagi cadangan untuk memajukan syarikat, padahal institusi keluarga diabaikan dan bergantung harap pada orang lain untuk membaiki keluarga.


Akhir kata, suami la pencorak keluarganya, isterinya, anaknya, semua akan terbentuk dari suami itu sendiri. Maka lakukanlah dan ubah cara melihat institusi keluarga itu sebagai satu benda yang kita betul-betul jaga dan cantikkan. Macam lelaki dapat kereta, mesti plan nak buat spoiler la, tukar engine turbo dan sebagainya, apa kata kita bawak semangat itu untuk mencantikkan, memantapkan keluarga kita. Cantikkan kereta, kat dunia je dapat, cantikkan keluarga, dunia dan akhirat insyaAllah dapat manfaatnya

No comments:

Post a Comment