Monday, 30 December 2013

Tafsir Ibnu Katsir - Pengenalan - Siri 1

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,
Mari kita belajar Tafsir Al Quran Ibnu Katsir untuk kita lebih memahami kata-kata dan makna di sebalik ayat-ayat Al-Quran. Boleh dijadikan rujukan dan pembelajaran.

Video Kuliah Ibnu Katsir Siri 1 oleh Ustaz Idris Sulaiman

credit and please subscribe to ilmusalafdotcom

Sejarah Hidup

Ibnu Katsir atau nama sebenar Ismail bin 'Amr Al-Quraisyi bin Katsir Al-Bashri Ad-Dimasyqi adalah seorang Ulama dan pemikir yang mahir dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu agama. Dilahirkan pada tahun 700 Hijrah di Damsyik, Syria, dan wafat di Ibu Negara Syria, Damaskus pada tahun 774 Hijrah dan dikebumikan berdekatan dengan guru beliau Ibu Taymiyyah.

Digelar juga Al-Hafizh, iaitu seorang ahli hadis yang menghafal beribu-ribu teks hadis Nabi, dan dikatakan juga seorang ulama Sejarah. Menuntut di Damsyik, berguru dengan ulama-ulama terkenal zaman tersebut, antaranya ialah Burhanuddin al-Fizaari, Imam Az-Zahabi, Ibnu Taymiyyah dan juga Imam Al Mizzi yang juga merangkap ayah mertua beliau. Murid-murid Ibnu Katsir yang terkenal adalah pengarang Al-Akidah Al-Tahawiyyah, At Tahawi.

Karya

Mengarang banyak buku Hadis, Akidah, Feqah, dan Ilmu Quran. Antara buku terkenal adalah Tafsir Ibnu Katsir (nama asal Tafsir Al Quran Al Azim), kitab sejarah Al Kitab Al Bidayah Wa-an Nihaayah. Pentafsiran dalam Ibnu Katsir menggunakan nas dan dalil untuk menerangkan maksud ayat Al-Quran. Beliau juga menggunakan perbandingan ayat-ayat lain dalam Al-Quran. Menghimpunkan ayat-ayat berkaitan dalam satu tempat untuk menerangkan ayat tertentu dan seterusnya menggabungkan hadis-hadis Rasulullah, kata-kata Sahabat Rasulullah , dan seterusnya Ulama-ulama. Beliau juga menggunakan Israiliyat (Riwayat-riwayat daripada Bani Israil) untuk menjelaskan ayat-ayat Al Quran.

Moga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah

1 comment: