Monday, 30 December 2013

Tafsir Ibnu Katsir - Pengenalan Surah al-Fatihah dan Bismillahirrahmanirrahim - Siri 2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,

Diingatkan, nota di dalam Blog ini hanyala ringkasan, seeloknya rujuklah Kitab Ibnu Katsir penuh dan berpandukan kuliah Youtube yang saya sertakan atau merujuk guru agama yang lain. Share di dalam Blog ini hanyalah sebagai perkongsian mudah untuk sesiapa yang berminat dan cuba untuk mendalami ilmu Tafsir Al Quran. InsyaALlah

Kelas Ibnu Katsir Siri 2 ini dimulakan degan makna, erti serta maksud Al-Fatihah, yang bermaksud pembukaan. Dikatakan juga Surah Al-Fatihah dikatakan Ummul Kitab (Ibu Kitab), kerana Al-Fatihah seolah-olah menghimpunkan keseluruhan dan menjelaskan intipati maksud Al-Quran itu sendiri. 

Keistimewaan

Al-Fatihah juga Rukun untuk solat, bertepatan Riwayat Bukhari dan Muslim, hadis Rasulullah SAW "TIdak ada solat bagi siapa yang tidak membaca Surah Al-Fatihah". Maknanya, seeloknya jugalah kita perbetulkan tajwid dan memahami maknanya. Al-Fatihah juga dikatakan penawar dan penyembuh untuk penyakit. Dibincangkan juga mengenai penggunaan-penggunaan lain dan penyalahgunaan Al-Fatihah, maka baik juga dijadikan rujukan.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Beberapa pendapat mengatakan ayat ini adalah salah satu Surah Al Fatihah dan ada juga kebanyakan Ulama mengatakan sebaliknya. Banyak perbezaan di kalangan para Ulama berdasarkan dalil-dalil dan hadis

Keutamaan

Perkataan Bismillah digunakan sebelum memulakan apa apa pekerjaan. Memulakan pekerjaan dengan nama Allah untuk mendapat keberkatan. Makna yang lebih mendalam untuk 2 nama Allah seterusnya. Ar-Rahman bermaksud "mempunyai Rahmat yang luas". Ar-Rahim - "Yang memberi Rahmat kepada sesiapa yang dikehendakiNya"

Video Kuliah Ibnu Katsir Siri 2 oleh Ustaz Idris Sulaiman

credit and please subscribe to ilmusalafdotcom

No comments:

Post a Comment