Wednesday 15 January 2014

Fardhu Ain - Tiga Unsur Iman


Beriman kepada Allah tidak akan cukup kecuali dengan adanya seluruh tauhid yang terdiri daripada tiga aspek iaitu:
a) Rububiyyah
b) Uluhiyyah
c) Nama-nama Asma' serta sifat-sifatNya

Tauhid Rububiyyah

Maksud secara Ijmal ialah keyakinan yang utuh bahawa Allah, adalah Tuhan segala sesuatu dan tidak ada Tuhan selain Dia

Maksud Rububiyyah Allah terhadap makhlukNya ialah mengesakan Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang mencipta mereka, menguasai dan mengatur segala urusan mereka

Pendek kata, Tauhid Rububiyyah ialah satu penyataan bahawa Allah Maha Suci, pencipta, berkuasa dan memiliki alam semesta, menghidupkan dan mematikan, memberikan manfaat dan mudarat kepada mereka, memperkenankan doa. Semuanya bergantung kepada Allah dan ketetapannya adalah milikNya

Tauhid Uluhiyyah

Maksud secara Ijmal adalah iktikaf yang kuat bahawa Allah adalah Ilahul Haqq (yang berhak disembah) dan tidak ada Tuhan lain selainNya.

Pengertian Ibadah ialah menerapkan keyakinan dengan rendah diri dan kepatuhan sepenuhnya

Tauhid Uluhiyyah jelas dibangunkan di atas prinsip ibadah secara ikhlas kepada Allah.

Tauhid Asma' dan Sifatnya

Maksud tauhid nama-nama (asma') dan sifat ialah keyakinan yang putus hanya Allah yang patut menyandang sifat-sifat kesempurnaan, bersih serta suci dari sifat-sifat kekurangan

Thursday 9 January 2014

Maher Zain - Muhammad (Pbuh) [Waheshna]

Bismillah
Assalamualaikum,

Di bulan kelahiran Rasulullah yang tercinta, semarakkan lagi rasa cinta rasul kepada baginda. Video klip Maher Zain yang sangat bermakna :)


Credit to awakeningrecords. Subscribe jangan tak subscribe

Saturday 4 January 2014

Tafsir Ibnu Katsir - Surah al-Fatihah Ayat 4-7 - Siri 4

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,

Video Kuliah Ibnu Katsir Siri 4 oleh Ustaz Idris Sulaiman


credit and please subscribe to ilmusalafdotcom

Engkaulah Sahaja Yang Kami Sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan - Hanya Allah tempat kita bergantung untuk melakukan Ibadah, yang kita sembah, memperhambakan diri kepadaNya. Ibadah di sini bermaksud melakukan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya. Seorang Hamba tidak akan dapat melaksanakan Ibadah dengan sepenuhnya kecuali dengan pertolongan Allah, berserah kepadaNya dan bertawakal kepadaNya

Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus - Ih dina bermaksud hidayah, dan hidayah di sini membawa dua maksud; Hidayah Ilmu/petunjuk/bimbingan dan Hidayah Kejayaan Amal. Kita meminta kedua-dua hidayah ini untuk melaksanakan perintah Allah sebaiknya, dengan mendapatkan ilmu yang bermanfaat dan mengamalkannya dengan sepenuh hati. Jalan yang lurus adalah jalan yang terus ke syurga, tanpa melaui jalan-jalan yang menyimpangkan arah tujuan kita dari jalan-jalan yang Rasulullah dan para Soleh dulu lalui.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada meraka - Siapakah orang yang telah Allah kurniakan nikmat kepada meraka? Mereka adalah para nabi, para sadiqin, para shuhada dan para soleh. Sesungguhnya jalan yang mereka lalui itu adlaah jalan yang ke syurga dan jalan yang pasti lurus.

Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat - Maksud orang-orang yang Allah telah murkai adalah golongan orang yang mempunyai Ilmu, tetapi menidakkan kebenran dan tidak mengamalkannya, seperti kaum Yahudi. Orang-orang yang sesat pula adalah golongan yang beramal dengan cara yang tidak benar kerana kejahilan, sertimana golongan nasrani sebelum kedatangan Nabi Muhammad

Tafsir Ibnu Katsir - Surah al-Fatihah Ayat 1-3 - Siri 3

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,



Video Kuliah Ibnu Katsir Siri 3 oleh Ustaz Idris Sulaiman


credit and please subscribe to ilmusalafdotcom

Segala pujian bagi Allah tuhan sekalian Alam - pujian ke atas kesempurnaan Allah dengan perasaan cinta dan keagungan, yang merupakan pencipt seluruh alam. Ditekakan juga kepentingan untuk memuji Allah pada sekalian waktu dan ketika, serta memuji ALlah adalah sesuatu yang Allah sgt sukai. Alhamdulillah. Jika Tuhan kita tuhan sekalian alam sukakan oujian, teruskan memujiNya, InsyaAllah :)

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani - Kesinambungan ayat ini dari ayat yg pertama adalah, Allah pencipta Alam ini, sifat Allah yang seterusnnya bagaimana? Adakah mengambil pendekatan penguasa semata2? Zalim? Baik? Memilih? Sesungguhnya Allah itu penuh dengan Rahmat yang meluas dan Allah memberikan Rahmat itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Adil dan luasnya rahmat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Yang Menguasai Hari Pembalasan - Allah bersifat memiliki, dan sesungguhnya pada hari Kiamat (Pembalasan) nanti, tiada yang lain akan mampu mempertikaikan kebesaran Allah. Tiada penafian di hari AKhirat di mana Allah akan menguasai sepenuhnya hari tersebut dengan semua hambaNya hanya akan tunduk dan sujud mengikut perintahNya ketika itu

Wednesday 1 January 2014

Nikmat Bernafas - Ustaz Azhar (TH Filem)

Nikmat Allah yang paling besar dan kita ambik enteng sahaja. Padahal kita masih sombong lagi. Siapa la kita ni.... Peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan sekalian. Wallahualam.

Credit to TH Film

Monday 30 December 2013

Tafsir Ibnu Katsir - Pengenalan Surah al-Fatihah dan Bismillahirrahmanirrahim - Siri 2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,

Diingatkan, nota di dalam Blog ini hanyala ringkasan, seeloknya rujuklah Kitab Ibnu Katsir penuh dan berpandukan kuliah Youtube yang saya sertakan atau merujuk guru agama yang lain. Share di dalam Blog ini hanyalah sebagai perkongsian mudah untuk sesiapa yang berminat dan cuba untuk mendalami ilmu Tafsir Al Quran. InsyaALlah

Kelas Ibnu Katsir Siri 2 ini dimulakan degan makna, erti serta maksud Al-Fatihah, yang bermaksud pembukaan. Dikatakan juga Surah Al-Fatihah dikatakan Ummul Kitab (Ibu Kitab), kerana Al-Fatihah seolah-olah menghimpunkan keseluruhan dan menjelaskan intipati maksud Al-Quran itu sendiri. 

Keistimewaan

Al-Fatihah juga Rukun untuk solat, bertepatan Riwayat Bukhari dan Muslim, hadis Rasulullah SAW "TIdak ada solat bagi siapa yang tidak membaca Surah Al-Fatihah". Maknanya, seeloknya jugalah kita perbetulkan tajwid dan memahami maknanya. Al-Fatihah juga dikatakan penawar dan penyembuh untuk penyakit. Dibincangkan juga mengenai penggunaan-penggunaan lain dan penyalahgunaan Al-Fatihah, maka baik juga dijadikan rujukan.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Tafsir Ibnu Katsir - Pengenalan - Siri 1

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,
Mari kita belajar Tafsir Al Quran Ibnu Katsir untuk kita lebih memahami kata-kata dan makna di sebalik ayat-ayat Al-Quran. Boleh dijadikan rujukan dan pembelajaran.

Video Kuliah Ibnu Katsir Siri 1 oleh Ustaz Idris Sulaiman

credit and please subscribe to ilmusalafdotcom

Sejarah Hidup

Ibnu Katsir atau nama sebenar Ismail bin 'Amr Al-Quraisyi bin Katsir Al-Bashri Ad-Dimasyqi adalah seorang Ulama dan pemikir yang mahir dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu agama. Dilahirkan pada tahun 700 Hijrah di Damsyik, Syria, dan wafat di Ibu Negara Syria, Damaskus pada tahun 774 Hijrah dan dikebumikan berdekatan dengan guru beliau Ibu Taymiyyah.

Digelar juga Al-Hafizh, iaitu seorang ahli hadis yang menghafal beribu-ribu teks hadis Nabi, dan dikatakan juga seorang ulama Sejarah. Menuntut di Damsyik, berguru dengan ulama-ulama terkenal zaman tersebut, antaranya ialah Burhanuddin al-Fizaari, Imam Az-Zahabi, Ibnu Taymiyyah dan juga Imam Al Mizzi yang juga merangkap ayah mertua beliau. Murid-murid Ibnu Katsir yang terkenal adalah pengarang Al-Akidah Al-Tahawiyyah, At Tahawi.

Karya

Mengarang banyak buku Hadis, Akidah, Feqah, dan Ilmu Quran. Antara buku terkenal adalah Tafsir Ibnu Katsir (nama asal Tafsir Al Quran Al Azim), kitab sejarah Al Kitab Al Bidayah Wa-an Nihaayah. Pentafsiran dalam Ibnu Katsir menggunakan nas dan dalil untuk menerangkan maksud ayat Al-Quran. Beliau juga menggunakan perbandingan ayat-ayat lain dalam Al-Quran. Menghimpunkan ayat-ayat berkaitan dalam satu tempat untuk menerangkan ayat tertentu dan seterusnya menggabungkan hadis-hadis Rasulullah, kata-kata Sahabat Rasulullah , dan seterusnya Ulama-ulama. Beliau juga menggunakan Israiliyat (Riwayat-riwayat daripada Bani Israil) untuk menjelaskan ayat-ayat Al Quran.

Moga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah