Agama~~
Keluarga~~
Cinta~~
Amanah~~
Tanggungjawab~~
Itula intipati seorang manusia yang bergelar suami. Pesanan untuk diri sendiri yang lemah ini, mengingatkan agar mengutamakan segala yang tertulis di atas mahupun intipati di bawah
1. Menjaga Agama dan hubungan dengan Allah
Allah mencipta kita di dunia itu adalah semata-mata untuk diuji dan disuruh untuk menyembah dan mencari redhaNya. Andai semua ini dijaga, maka datanglah semua kebahagiaan dan ketenangan kepada insan tersebut. Memenuhi masa dengan duniawi semata-mata, dan terus lalai bukan sahaja merugikan masa, malah Allah tidak akan menjaga kita, tidak akan menjaga hati kita. Sebelum terlambat, sebelum ajal tiba, janganlah lengah-lengahkan apa-apa lagi. Baiki balik hubungan dengan Allah. Tengok mana 'lubang' dan 'jurang' yang kita dah buat, dan tampal. InsyaAllah berkat doa, usaha dan tawakal, Allah perkenankan doa kita.
Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).
2. Jaga Keluarga, dari segi Jasmani mahupun Rohaniah
Keluarga yang Allah telah takdirkan kepada kita adalah anugerah besar dan rezeki yang tak terhingga. Ibu, bapa, Isteri, Anak. Semua adalah rezeki yang Allah beri. Bagaimana dan apa kita nak lakukan kepada rezeki ini lah yang mencorakkan adakah mensyukuri nikmat rezeki itu atau tidak. Kita buat jahat atau merosakkan rezeki itu, maka menunjukkan betapa kita tak mensyukuri rezeki Allah itu. Baik kita jaga, maka baiklah Ia dan menunjukkan betapa kita hargai rezeki tersebut. Kita leka mencari rezeki lebih padahal rezeki yang depan kita sudah lebih dari mencukupi dari apa di luar sana. Hargailah ibu bapa, hargailah pasangan kita, hargailah anak kita, jaga mereka, bimbing mereka, jangan biar mereka bersendiri, sayangi mereka. Kalau sebelum ini macam tidak kisah apa kita buat kepada mereka, maka mulakanlah sekarang dan tekadkan dalam hati, untuk merubah hidup yang lebih bahagia dan barakah.
Firman Allah SWT: “Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu. (Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).” (Surah Al-Mukminun, ayat 55-56)
3. Mencintai Antara Satu Sama Lain